awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bekas pesakit boleh dijangkiti semula jika antibodi merosot

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2020
11:29 MYT
COVID-19: Bekas pesakit boleh dijangkiti semula jika antibodi merosot
Dr Noor Hisham berkata, KKM memerlukan lebih ramai bekas pesakit COVID-19 untuk tampil menyertai kajian itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR :Bekas pesakit COVID-19 yang paras antibodi neutralisasi dalam darah rendah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti virus itu semula.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyelidikan awal yang dibuat terhadap kluster di Sungai Lui mendapati kebanyakan individu yang pernah dijangkiti mengalami kemerosotan antibodi selepas lapan minggu.
Ekoran itu katanya, KKM memerlukan lebih ramai bekas pesakit COVID-19 untuk tampil menyertai kajian itu bagi melihat sama ada antibodi mereka akan kekal atau merosot selepas rawatan.
"Kajian ini penting bagi melihat kekekalan antibodi mereka selepas tiga bulan.
"Kalau antibodi merosot, pesakit itu boleh dijangkiti semula... atau kita lihat pada kajian-kajian lain mengenai kesan jangka masa panjang kepada organ-organ tertentu, jika ada kesan sampingan atau tidak selepas pulih," katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook KKM di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebook menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti COVID-19 untuk menyertai Kajian Membujur: Tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit COVID-19 di Malaysia bagi mengetahui paras antibodi di dalam darah
Menurutnya, penyelidikan itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108).
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan
#Kajian Membujur Tindakbalas antibodi neutralisasi dalam kalanga
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan