awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Berita tular semakin berleluasa

Bernama
Bernama
05/03/2020
05:28 MYT
COVID-19: Berita tular semakin berleluasa
Banyak maklumat dikongsi sewenang-wenangnya di media sosial tanpa usul periksa malah orang ramai mudah mempercayainya walaupun bukan daripada sumber sah. - Gambabar fai
Tugas menangani COVID-19 bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan penularan maklumat palsu yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat. Sejak bermula kluster COVID-19 di negara ini, banyak maklumat dikongsi sewenang-wenangnya di media sosial tanpa usul periksa malah orang ramai mudah mempercayainya walaupun bukan daripada sumber sah.
Terbaharu, tular mesej di media sosial bahawa beberapa kawasan di ibu kota, antaranya KL Sentral, Solaris Dutamas dan beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya perlu dijauhi disebabkan COVID-19. Selain tempat-tempat diatas, turut tular tempat-tempat berikut yang kononnya perlu dielakkan. 1. Hotel Ancasa 2. Pantai Hospital 3. KL Sentral 4. Plaza Sentral, Blok 2B 5. Mercu UEM - Khazanah Nasional Bhd 6. Malakoff Building , KL Sentral 7. UDA Holdings, Blok Menara, Pertama Complex 8. Wisma FELCRA, Setapak Jaya 9. Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas 10. Menara Mitraland 11. Menara Kembar, Bank Rakyat 12. Subang Jaya Medical Centre 13. Ministry of Finance 14. Prime Minister's Office 15. Bowling IOI City Mall 16. Kenny Rogers IOI City mall 17. Alamanda
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.
Begitu juga mesej tular yang mengatakan terdapat pusat beli-belah di sekitar Putrajaya perlu dielak daripada dikunjungi, turut disahkan KKM bahawa maklumat itu tidak benar.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menasihati rakyat Malaysia supaya berhenti daripada menyebarkan berita palsu mengenai penularan COVID-19.
Katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan berita sahih ketika berlakunya sesuatu krisis terutamanya sewaktu penularan COVID-19.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan sah daripada laman Facebook dan Twitter KKM, portal https://sebenarnya.my/ atau merujuk laporan media.
KKM turut memaklumkan sekiranya terdapat pertanyaan atau keraguan mengenai kejadian COVID-19, orang awam boleh melayari http://www.moh.gov.my (Tanya Doktor) untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan keluarga untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan peribadi seperti kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya batuk dan selesema serta mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan berhampiran sekiranya mengalami simptom berkaitan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Facebook
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kesihatan
#KKM
#media sosial
#Putrajaya
#rakyat
#rakyat Malaysia
#SemakFakta
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan