awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Cucu lega nenek berusia 104 tahun terima vaksin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/08/2021
07:53 MYT
COVID-19: Cucu lega nenek berusia 104 tahun terima vaksin
Warga emas K. Letchemy menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer di Pusat Pemberian Vaksian di sebuah hospital swasta di Taiping, Perak pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
TAIPING: Biarpun pergerakannya terbatas, namun, itu tidak menghalang seorang wanita berusia 104 tahun untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.
Warga emas K. Letchemy, yang tinggal di Assam Kumbang dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital berkenaan dengan ditemani dua cucunya untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer.
Cucunya, Dr K. Thangamani, 59, berkata, neneknya memahami tujuan suntikan vaksin COVID-19 setelah diberi penerangan oleh ahli keluarga.
Dr K. Thangamani yang juga Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Taiping berkata, ahli keluarganya sentiasa memaklumkan perkembangan dan kepentingan vaksin COVID-19 kepada neneknya sehingga membuatkan dia bersetuju menerimanya.
“Kita sering menunjukkan dan menerangkan pada dia pasal penyakit COVID-19 dan untuk mempertahankan (diri) daripada COVID-19 ini kerajaan menyediakan vaksin.
“(Bahkan) kita tunjuk pada nenek laporan media, jadi nenek faham dan bersetuju sehinggalah dapat tarikh (suntikan) hari ini.
“Setakat ini nenek saya okey. Saya sangat gembira selepas nenek menerima vaksin ini untuk mempertahankan diri sendiri dan juga keluarga sebab (kehadiran) nenek saya ini sangat penting untuk kami sekeluarga,” kata Dr K. Thangamani.
Beliau ditemui ketika menemai neneknya mendapatkan suntikan vaksin di hospital berkenaan pada Jumaat.
Dr K. Thangamani yang telah menjaga K. Letchemy sejak 20 tahun lalu mengakui dia sangat lega dan gembira kerana nenek kesayangannya itu telah menerima perlindungan.
Katanya, walaupun telah berusia 104 tahun, neneknya yang juga pesara penoreh getah di sebuah estet swasta tidak mempunyai sejarah penyakit berbahaya.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#warga emas 104 tahun
#Suntikan dos pertama
#Vaksin Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan