Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Daerah Petaling kembali jadi zon kuning

71586501265_TBjpg.jpg
Daerah zon merah kembali berkurangan daripada 10 kawasan kepada 9 kawasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin melaporkan ia berikutan daerah Petaling yang mencatatkan pengurangan sebanyak empat kes menjadikan jumlah kes di daerah itu sebanyak 39 kes.



Dalam pada itu, menerusi maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah, sembilan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Hulu Langat dengan 48 kes aktif, Gombak (87), Kepong (96), Lembah Pantai (221), Titiwangsa (95), Seremban (45), Kluang (67), Kuching (131) dan Kota Samarahan (47).

Sementara, 62 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 86 daerah zon hijau.

Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak pula kekal negeri zon hijau manakala Sabah mencatat tujuh kes aktif.

Advertisement

Must Watch Video