awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut

COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
13/12/2023
02:45 MYT
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Situasi terkini COVID-19 di Melaka masih terkawal dan tidak memerlukan langkah awal pencegahan berdasarkan penggunaan ventilator dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, kata Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Gambar fail
MELAKA: Situasi terkini COVID-19 di Melaka masih terkawal dan tidak memerlukan langkah awal pencegahan berdasarkan penggunaan ventilator dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, justeru rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan negeri sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana kita akan menyambut Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) dan sekiranya perlu ambil langkah awal pencegahan, kita akan lakukan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik Negeri Melaka 2023 di sini malam tadi, katanya, beliau yakin situasi penularan COVID-19 di Melaka tidak akan menjejaskan segala persiapan dan sambutan TMM 2024 kerana wabak berkenaan telah diisytiharkan sebagai endemik.
Sebelum ini media melaporkan kes baharu COVID-19 di Melaka meningkat kepada 534 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 48 yang berakhir pada 2 Dis lepas berbanding 268 kes pada ME 47.
Sebanyak 458 kes aktif sedang menerima rawatan dan terdapat satu kluster aktif dilaporkan iaitu Kluster Paya Rumput Jaya pada ME 48 yang merupakan kluster pendidikan dan dijangka akan tamat pada 25 Dis ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#COVID-19 di Melaka
#Ketua Menteri
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.