awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID19: Elaun khas hanya untuk petugas penjagaan kesihatan yang layak - KKM

Bernama
Bernama
18/11/2020
08:52 MYT
COVID19: Elaun khas hanya untuk petugas penjagaan kesihatan yang layak - KKM
CHAW MIN: Tidak semua kakitangan diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 dan kebanyakan mereka masih melaksanakan tugas tidak berkaitan COVID-19 di pusat kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Elaun khas COVID-19 untuk petugas penjagaan kesihatan diberikan secara bersasar, iaitu hanya kepada mereka yang melaksanakan tugas berkaitan jangkitan itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.
"Elaun ini bukan untuk kesemua 252,765 kakitangan tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak yang sedang berkhidmat dengan kementerian pada masa ini.
"Ini kerana tidak semua kakitangan diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 dan kebanyakan mereka masih melaksanakan tugas tidak berkaitan COVID-19 di pusat kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
Dr Chen menjelaskan arahan itu juga tidak bersifat berterusan yang mana pegawai yang tidak lagi menjalankan tugas berkaitan COVID-19, atau diarahkan bekerja di pusat bukan COVID-19 kemudian, turut tidak lagi layak untuk menerima elaun tersebut.
Bagaimanapun katanya petugas penjagaan kesihatan yang sebelum ini tidak menerima elaun itu akan layak diberikan elaun tersebut apabila mereka diarahkan menjalankan tugas berkenaan.
Menurut Dr Chen, berdasarkan maklum balas Hospital Pulau Pinang, kesemua kakitangan penjagaan kesihatan yang diarahkan dan masih lagi menjalankan tugas berkaitan COVID-19 dibayar elaun itu.
Katanya jumlah keseluruhan elaun yang dibayar bagi tempoh Mac hingga September lepas ialah sebanyak RM3,076,300.
"Dalam hal ini, hospital juga mengadakan sesi libat urus dengan petugas terlibat bagi menjelaskan tentang elaun dan keperluan bagi pegawai untuk diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 di hospital.
"Tidak semua pegawai terlibat memandangkan hospital juga perlu memastikan perkhidmatan lain berjalan seperti biasa sambil pada masa sama mengelakkan potensi jangkitan virus itu di hospital. Libat urus ini juga bertujuan memastikan kesemua petugas yang layak menerima elaun tersebut," katanya.
Selain itu, KKM juga katanya bekerjasama dengan penyedia skim takaful seperti FWD Takaful Berhad untuk menyediakan dana MOH-myHeroes berjumlah RM5 juta bagi disalurkan kepada kakitangan yang dijangkiti COVID-19 ketika bertugas.
"Peruntukan berjumlah lebih RM1 bilion turut disediakan bagi membekalkan peralatan pencegahan dan keselamatan seperti pelitup muka, cecair pensanitasi tangan dan peralatan perlindungan diri sebagai langkah mencegah jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan serta menjamin kebajikan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#elaun khas
#COVID-19
#petugas penjagaan kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Chen Chaw Min
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan