awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Individu yang lengkap vaksinasi di luar negara perlu ke PKD untuk sijil digital

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2021
05:53 MYT
COVID-19: Individu yang lengkap vaksinasi di luar negara perlu ke PKD untuk sijil digital
Dr Adham Baba (tengah) beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat PPV PIKAS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Baharu pada Ahad. Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang sudah mendapat vaksinasi lengkap di luar negara perlu membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan sijil vaksinasi yang disahkan dan diiktiraf menerusi aplikasi MySejahtera.
Menteri Sains, Teknolgi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan tersebut bagi membolehkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Negara (CPRC) mengesahkan ketulenan sijil vaksinasi antarabangsa serta jenis vaksin yang diterima.
“Bagi mereka yang mendapat suntikan di luar negara seperti Singapura yang ingin untuk memasukkan mendapat sijil MySejahtera vaksinasi kita perlukan mereka untuk datang ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk memaklumkan tentang status vaksinasi mereka yang telah lengkap di luar negara.
“PKD akan menerima sijil tersebut yang untuk disahkan, selepas pengesahan dibuat, Jabatan Kesihatan Negeri akan hantar ke CPRC di Putrajaya (dan) CPRC Pusat akan memaklumkan kepada MySejahtera untuk mengeluarkan sijil dalam aplikasi telefon, itu yang sedang kita laksanakan,” kata Dr Adham.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC) di sini, hari ini
Sementara itu, Dr Adham yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, kerajaan akan meneliti sijil vaksinasi pelancong di pintu masuk antarabangsa Langkawi sebaik pulau peranginan itu dibuka semula di bawah Program Gelembung Pelancongan mulai 16 September ini.
Proses penelitian itu dibuat bagi memudahkan urusan mengesan pelancong yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksinasi di luar negara
#Pejabat Kesihatan Daerah
#sijil vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan