awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/09/2021
03:25 MYT
COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal
SHAFIE: Kerajaan perlu memberikan maklumat yang tepat, telus dan komprehensif kepada rakyat, berkenaan apa-apa sahaja berkaitan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes kematian tertunggak (backlog) akibat COVID-19 seharusnya dimaklumkan dengan lebih awal dengan data yang lebih terperinci.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan negara sedang menghadapi angka kematian tinggi akibat wabak tersebut.
"Pada 11 Sept 2021, sebanyak 592 kematian direkodkan di mana merupakan kes kematian tertinggi sejak wabak COVID-19 direkodkan dua tahun lalu.
"Namun demikian, KKM menjelaskan rekod tersebut tidak menggambarkan kes kematian sebenar memandangkan terdapat banyak kes kematian tertunggak (backlog) yang dilaporkan bukan pada tarikh kematian.
"Ia menjadi persoalan kepada rakyat kerana alasan sebegini hanya diumumkan ketika negara menghadapi kadar kematian harian tertinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, maklumat kes kematian tertunggak (backlog) dan kekangan bedah siasat untuk pesakit COVID-19 seharusnya dimaklumkan dengan lebih awal.
"Ini perlu agar umum mengetahui bahawa data yang diberikan belum lagi menyeluruh kerana ia bergantung kepada faktor lain seperti keputusan post mortem dan pemakluman kes kematian pada hari kejadian.
"Kerajaan perlu memberikan maklumat yang tepat, telus dan komprehensif kepada rakyat, berkenaan apa-apa sahaja berkaitan COVID-19.
"Ini penting agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai status semasa pandemik yang melanda negara.
"Dalam masa yang sama, ia juga adalah sebagai peringatan kepada rakyat agar berwaspada dalam mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," jelasnya.
Justeru, Shafie menggesa kerajaan menggubal polisi kesihatan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan bukan hanya fokus untuk menunjukkan kerajaan dapat mengawal keadaan.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Malaysia
#pandemik
#Parlimen
#Parti Warisan Sabah
#Sabah
#Semporna
#Shafie Apdal
#SOP
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan