KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.

Selangor terus kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309 ), Johor (1,275) dan Sabah (1,010).

Semalam, Malaysia merekodkan 15,764 jangkitan baharu dengan nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08 pada 1 Ogos lalu. 

Sementara itu, sejumlah 195 kematian dilaporkan hari ini dengan kumulatif kes kematian adalah 9,598 kes.

Selain itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 950,029 kes selepas 12,297 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Kes aktif COVID-19 ketika ini adalah 203,664 kes dengan 1,066 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 537 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berikut pecahan kes mengikut setiap negeri:

Selangor - 5,836 (425,648)
Kuala Lumpur - 2,309 (128,958)
Johor - 1,275 (94,225)
Sabah - 1,010 (87,899)
Kedah - 1,036 (49,286)
Perak - 967 (40,087)
Kelantan - 915 (44,920)
Negeri Sembilan - 816 (73,978)
Pulau Pinang - 798 (48,050)
Pahang - 628 (26,215)
Melaka - 508 (33,023)
Sarawak - 494 (78,211)
Terengganu - 429 (18,231)
Putrajaya - 72 (4,141)
Labuan - 5 (9,678)
Perlis - 7 (741)