awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jemaah di masjid, surau di N.Sembilan dihadkan hingga 7 Jun

Bernama
Bernama
20/05/2021
08:46 MYT
COVID-19: Jemaah di masjid, surau di N.Sembilan dihadkan hingga 7 Jun
Solat Jumaat dibenarkan dengan melibatkan 12 individu sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah, manakala solat fardu pula dihadkan kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak sahaja. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Jumlah jemaah solat di masjid dan surau di Negeri Sembilan dihadkan mulai esok hingga 7 Jun ini bagi menangani penularan kes COVID-19.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata arahan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi membendung penularan wabak itu.
Beliau berkata solat Jumaat dibenarkan dengan melibatkan 12 individu sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah, manakala solat fardu pula dihadkan kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak sahaja.
"Kesemua mereka yang dibenarkan solat di masjid dan surau itu perlu mengisi borang kehadiran disediakan, selain azan boleh dilaungkan," katanya kepada pemberita selepas program Pelancaran Bantuan Peduli Palestin di sini hari ini.
Mengenai Bantuan Peduli Palestin, Aminuddin berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Global Peace Malaysia menyasarkan kutipan lebih RM1 juta dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 8004433398 di atas nama Bendahari Negeri, Negeri Sembilan dengan meletakkan rujukan 'Palestin'.
Beliau berkata Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar dan Majlis Agama Islam negeri, masing-masing turut menyumbang RM100,000 menerusi program itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#Solat Jumaat
#kerajaan
#vaksin COVID-19
#Global Peace Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan