awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/07/2021
06:53 MYT
COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam
Irmohizam berharap orang ramai dapat bersabar serta mengikuti arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi melancarkan urusan mereka di PPV itu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah penerima vaksin COVID-19, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bakal mencecah 18,000 untuk hari ini sahaja, menjadikan ia pusat pemberian vaksin (PPV) dengan jumlah terbesar di negara ini.
Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim bagaimanapun berkata, keadaan itu bagaimanapun memberi cabaran buat pengurusan, memandangkan jumlah kehadiran yang tinggi untuk mendapat dos pertama dan kedua.
Beliau berkata, orang ramai diharap dapat bersabar serta mengikuti arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi melancarkan urusan mereka.
“Saya berharap agar mereka bersabar dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan mengikut arahan anggota keselamatan yang bertugas di sini.
“Mereka yang ingin datang ke WTCKL juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT atau Grab untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebarang masalah di kawasan parkir kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Irmohizam mengeluarkan kenyataan demikian selepas selesai meninjau keadaan di sekitar WTCKL, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua petugas dan sukarelawan di PPV WTCKL.
“Semoga usaha ini dipermudahkan dan sekaligus berjaya mencapai sasaran pembentukan imuniti kelompok di negara kita,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Irmohizam
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#COVID-19
#WTC KL
#dos pertama
#vaksin
#Kuala Lumpur
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan