awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kelulusan rentas negeri turun empat kali ganda - Hamzah

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2021
00:56 MYT
COVID-19: Kelulusan rentas negeri turun empat kali ganda - Hamzah
HAMZAH: Kalau dia (pemohon) kata nak balik kampung sebab kecemasan seperti saudara sakit, kita akan pastikan dengan pihak di sebelah sana sama ada perkara itu betul atau tidak. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Jumlah kelulusan permohonan rentas negeri yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurun kepada 10,471 pada Selasa lalu berbanding hampir 43,000 kelulusan yang diberikan pada akhir April.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penurunan ketara itu disebabkan PDRM ketika ini mengambil langkah lebih tegas dalam meluluskan permohonan bagi mengurangkan kes penipuan permohonan rentas negeri yang berlaku.
Menurutnya, pemeriksaan terperinci akan dilakukan pihak polis untuk setiap permohonan rentas negeri yang dikemukakan orang ramai.
Katanya, pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua pihak iaitu pemohon dan pihak kedua seperti keluarga dan sebagainya.
"Kalau dia (pemohon) kata nak balik kampung sebab kecemasan seperti saudara sakit, kita akan pastikan dengan pihak di sebelah sana sama ada perkara itu betul atau tidak.
"Begitu juga dengan kematian, kita akan periksa sama ada benar-benar berlaku (kematian)," katanya pada temu bual eksklusif bersama beliau yang diadakan di kementeriannya pada Rabu.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pemeriksaan lebih tegas itu terpaksa dilakukan ekoran dilaporkan berlaku pelbagai kes penipuan untuk mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri.
"Bila tengok macam-macam berlaku, kami terpaksa lebih tegas.
"Kalau semua patuh undang-undang dan boleh ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, saya rasa tak akan timbul masalah ini," katanya.
Memperincikan tentang statistik kelulusan rentas negeri, Hamzah memberitahu, daripada 10,471 kelulusan yang diberikan pada 8 Jun lalu, 1,003 melibatkan ziarah kematian, 2,955 (kes kecemasan) dan 6,513 (alasan bekerja sendiri).
Ujarnya, statistik juga menjukkan pengurangan dari masa ke masa susulan langkah yang dibuat PDRM.
"Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jumlah kelulusan menurun kepada 30,000 dan sebelum total lockdown fasa pertama pada 1 Jun lalu, jumlah itu terus berkurang kepada 12,000," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Kelulusan rentas negeri turun empat kali ganda
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#Hamzah Zainudin
#total lockdown
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PDRM
#kelulusan permohonan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan