awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Keputusan bazar Ramadan di Pahang Rabu ini

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
06/04/2020
06:14 MYT
COVID-19: Keputusan bazar Ramadan di Pahang Rabu ini
Pihak kerajaan negeri masih meneliti perkara itu selepas melihat beberapa negeri tidak membenarkan bazar Ramadan. - Gambar fail
Kerajaan Negeri akan membuat keputusan sama ada membenarkan bazar Ramadan di negeri ini dalam Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO), Rabu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Abd Rahim Muda berkata, pihaknya masih meneliti perkara itu selepas melihat beberapa negeri tidak membenarkan bazar Ramadan.
"Insya-Allah hari Rabu ini Mesyuarat EXCO Negeri akan memutuskan sama ada menutup atau membuat bazar Ramadan. Namun kita lihat negeri-negeri lain tidak membenarkan bazar Ramadan.
"Namun jika bazar Ramadan tidak dibenarkan dibuka, beberapa alternatif lain akan dilaksanakan bagi membantu peniaga untuk mendapatkan pendapatan pada bulan Ramadan seperti kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD)," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, kira-kira 99 peratus pengunjung dan peniaga di Pasar Besar Kuantan mengikuti arahan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Antara syarat dan arahan yang ditetapkan adalah pasar hanya dibuka bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut serta dihadkan hanya 30 orang yang masuk pada satu-satu masa.
"Setakat ini dari pemantauan dibuat, kawalan yang dibuat oleh MPK ini sangat bagus kerana dapat mengawal penjarakan sosial antara pembeli dan penjual," katanya.
Topic Berkaitan
#Ab Rahim Muda
#Bazar Ramadan
#COVID-19
#Exco
#Kuantan
#peniaga
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan