awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?

Bernama
Bernama
10/07/2021
00:58 MYT
COVID-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?
Malaysia pada 9 Julai mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes sejak tiga kes pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
KUALA LUMPUR: Kes harian baharu COVID-19 tidak mustahil boleh menjangkau 10,000 melihatkan kepada trend peningkatan kes yang mendadak sepanjang 3 Julai hingga 9 Julai.
Kemungkinan ini juga berdasarkan kebiasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti saringan kesihatan awam dan bersasar di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).
Dua negeri yang mencatat kes harian terbanyak kebelakangan ini iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur) diletakkan di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021. PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti.
Malaysia pada 9 Julai mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes sejak tiga kes pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Angka tertinggi kes harian baharu COVID-19 sebelum ini adalah pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini melonjak kepada 80,665 kes sementara kes kumulatif sebanyak 817,838 kes.
Angka kes harian baharu COVID-19 sebelum ini berlegar dalam lingkungan enam ribu pada 3, 4 dan 5 Julai, sebelum merekod 7,654 kes pada 6 Julai dan 7,097 kes pada 7 Julai.
Selangor yang konsisten melaporkan kes harian COVID-19 empat angka merekod sebanyak 4,400 kes berbanding semalam, 4,152 kes. Daripada jumlah 4,400 kes itu, sebanyak 2,766 atau 63 peratus adalah daripada kontak rapat.
WP Kuala Lumpur semalam melaporkan 1,271 kes berbanding semalam 1,133 kes, 1,550 kes pada 6 Julai dan 1,005 kes pada 7 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#IMF
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#PKPD
#jumlah kematian
#vaksin
#varian baharu
#suntikan
#kes positif
#pandemik
#petugas barisan hadapan
#penggunaan katil
#kontak rapat
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan