awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM

COVID-19: Kes harian menurun, 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2021
11:12 MYT
COVID-19: Kes harian menurun, 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 pada Ahad mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,471,642 kes.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.3 peratus.
Manakala selebihnya,1.7 peratus lagi atau bersamaan 85 kes adalah pesakit kategori 3,4 dan 5.
Manakala kes sembuh hari ini melebihi jumlah kes baharu iaitu 6,217 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,374,761 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Sehingga 31 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,979 kes (2,471,642 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/VEtQ278wJX
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 31, 2021
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 4 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.
Sementara itu, terdapat 69,153 kes aktif COVID-19 di seluruh negara yang mana 53,990 individu atau 78.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 9,162 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,431 kes dirawat di hospital dan 562 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 326 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.