awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes sedikit meningkat, 6,144 kes baharu

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2021
05:59 MYT
COVID-19: Kes sedikit meningkat, 6,144 kes baharu
Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kata Dr Noor Hisham. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 2,608,979 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Khamis berkata, jumlah kes pulih adalah 6,602 kes, menjadikan kes kumulatif pesakit pulih kini berjumlah 2,510,029.
“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 516 kes dengan 443 kes disahkan COVID-19, 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.
“Manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula ialah 272 kes dengan 157 kes daripadanya disahkan COVID-19 dan 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan itu.
Tambah beliau, daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada Khamis, 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Sebanyak tujuh kluster baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 5,913 kluster dengan 235 daripadanya masih lagi aktif.
Berdasarkan data daripada COVIDNOW (dikemaskini setakat 24 November 2021), terdapat 69,261 kes aktif COVID-19 kini dilaporkan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,705 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,584 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#PKRC
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan