awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM kesan enam lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/11/2020
11:12 MYT
COVID-19: KKM kesan enam lagi kluster baharu
KKM hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk, dan juga Kluster Gading.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan
Berikut merupakan perincian mengikut kesemua kluster berkenaan.
• Kluster Penjara Sandakan
- Kluster ini melibatkan sebuah penjara di daerah Sandakan, Sabah. - Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan banduan pada 27 Oktober 2020. - Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Dialisis
- Kluster ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di Sabah. - Kes-kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif pada 23 Oktober COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan . - Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. - Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
• Kluster Sepanggar
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. - Kes-kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober. - Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Aero
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. - Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 3 November. - Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Lengkuk
- Kluster ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau, Negeri Sembilan. - Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober. - Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. - Kes-kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.
• Kluster Gading
- Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban, Negeri Sembilan. - Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober. - Saringan kontak rapat mengesan sebanyak enam lagi kes positif COVID-19. - Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kes positif
#Noor Hisham Abdullah
#Kluster baharu
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Kluster Penjara Sandakan
#Kluster Dialisis
#Kluster Sepanggar
#Kluster Aero
#Kluster Lengkuk
#Kluster Gading
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan