awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM laksana simulasi pemberian vaksin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/02/2021
03:25 MYT
COVID-19: KKM laksana simulasi pemberian vaksin
Dr Adham Baba berkata penetapan kategori adalah berdasarkan kepadatan penduduk negeri, serta jumlah mereka yang berdaftar untuk menerima vaksin berkenaan. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan telah menetapkan beberapa jenis kategori bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), bagi memastikan kelancaran sewaktu Program Imunisasi COVID-19, yang bakal bermula esok.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penetapan kategori adalah berdasarkan kepadatan penduduk negeri, serta jumlah mereka yang berdaftar untuk menerima vaksin berkenaan.
Jelasnya lagi, ia bagi memastikan petugas yang terbabit dapat menangani jumlah penerima yang besar, terutamanya apabila fasa kedua dan fasa ketiga dilaksanakan kelak.
“Kita ada kategori PPV yang kita jenamakan sebagai satu hingga lapan.
"Bagi kategori satu sebagai contoh, ia berdasarkan kepadatan penduduk dan vaksinasi yang kita dapati dari awal lagi.
"Fasa kedua, ketiga dan seterusnya akan ada PPV yang ditambah jumlah vaksinator kerana ia melibatkan lebih ramai penerima.
“Di setiap negeri ada beberapa jenis PPV. Sebagai contoh, Perlis walaupun mempunyai empat PPV, tapi kesemuanya diletakkan di bawah kategori 1.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Simulasi Pemberian Vaksin COVID-19 Peringkat Kebangsaan, di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, secara ringkasnya setiap PPV mempunyai empat lima stesen iaitu saringan gejala dan suhu, pendaftaran, konsultasi dan persetujuan imunisasi, suntikan vaksin COVID-19, dan pemerhatian.
Dengan kejayaan simulasi hari ini, beliau berkata, KKM bersedia untuk melaksanakan pemberian suntikan vaksin yang akan dilancarkan pada 24 Februari nanti.
“Adalah menjadi harapan KKM agar masyarakat di seluruh negara yang layak untuk mengambil vaksin, dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab bagi memastikan sasaran liputan antara 70 hingga 80 peratus dapat dicapai bagi mencapai imuniti kelompok.
“Apabila sebahagian masyarakat diberi vaksinasi, penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dapat dicegah, dan selanjutnya mengekang kejadian pandemik COVID-19,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#program imunisasi
#Adham Baba
#KKM
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan