awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak

Bernama
Bernama
20/07/2021
12:19 MYT
COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak
Kluster baharu itu dikesan selepas 11 orang pekerja di sebuah pasar raya di situ didapati positif COVID-19. - Gambar fail
KUCHING: Satu kluster baharu, Kluster Jalan Jambusan 2 di Daerah Bau dekat sini dikesan di Sarawak hari ini setelah 11 orang pekerja di sebuah pasar raya di situ didapati positif COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Selasa berkata mereka dikesan positif dalam satu saringan melibatkan 99 orang pekerja pasar raya itu, dengan 45 orang masih menunggu keputusan makmal.
Sementara itu Kluster Kalong 2 di Kuching diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas.
Hari ini Sarawak merekodkan sejumlah 351 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 71,952 kes dan dua kes kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kematian kini 449 orang.
Selain itu, JBPN turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan rumah setinggan di Sungai Plan, Bintulu bermula hari ini sehingga 1 Ogos, di Rumah Bat di Sarikei (hari ini hingga 5 Ogos) dan Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang di Kuching (21 Julai - 3 Ogos).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kluster pekerja pasar raya
#pasar raya
#Bau
#Jalan Jambusan 2
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan