awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster pendidikan antara tujuh lagi kluster baharu dikesan

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2021
09:53 MYT
COVID-19: Kluster pendidikan antara tujuh lagi kluster baharu dikesan
KKM mengenal pasti tujuh kluster baharu pada hari ini yang melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu pada hari ini.
Ia melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan.
Berikut adalah perincian tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti:
1. KLUSTER JALAN SULTAN ISKANDAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354095) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN BALAKONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat.
Sehingga 16 April 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN KIA PENG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362954) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat hiburan yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER DTI SANDAKAN
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Sandakan.
Sehingga 16 April 2021, sejumlah 641 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER DTI LENGGENG
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Lenggeng yang terletak di Kampung Solok, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sehingga 16 April 2021, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 70 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JEPAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355287) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Kampung Jepak, Bintulu pada 3 April 2021.
Sehingga 16 April 2021, sejumlah 402 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER SRI LAYANG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360790) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Sri Layang, Bentong.
Sehingga 16 April 2021, sejumlah 420 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 2,551 kes baharu, Sarawak catat hampir 1,000 kes
Topic Berkaitan
#KKM
#listicle
#Kementerian Kesihatan
#Malaysia
#kesihatan
#COVID-19
#Kluster baharu
#Kluster Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan