awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 20,000 pekerja asing di Pahang belum disaring

Bernama
Bernama
03/02/2021
09:58 MYT
COVID-19: Lebih 20,000 pekerja asing di Pahang belum disaring
354 majikan di Pahang telah diperiksa dan diingatkan supaya melakukan saringan terhadap pekerja asing mereka. - Gambar hiasan
KUANTAN:Sebanyak 20,595 pekerja asing di Pahang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 setakat Selasa, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang Tarmizi Mukhtar.
Beliau berkata, hanya 977 pekerja asing telah menjalani ujian saringan berkenaan sejak 1 Januari lepas, malah operasi khas melibatkan Perkeso, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Jabatan Tenaga Kerja dilaksanakan bagi memeriksa majikan yang menggaji warga asing.
"Setakat semalam, kita telah periksa 354 majikan bagi mengingatkan mereka supaya melakukan saringan terhadap pekerja asing mereka. Kami berharap majikan segera melaksanakan tanggungjawab itu," katanya kepada Bernama.
Tarmizi berkata, terdapat 38 klinik yang dilantik di negeri ini bagi membolehkan pekerja asing menjalani ujian saringan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Kebanyakan pekerja asing di Pahang terlibat dalam sektor perladangan, pembuatan, perkilangan dan pembinaan.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata majikan yang gagal membuat ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing sehingga 28 Feb ini boleh menyebabkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing mereka tidak diperbaharui.
Saravanan berkata ia susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini termasuk kluster berkaitan tempat kerja yang membimbangkan.
Bermula 1 Januari, majikan diwajibkan memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Tarmizi berkata pihaknya telah meluluskan 11,682 permohonan bagi Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 melibatkan 81,297 pekerja dengan lebih RM397 juta telah dibayar.
Bagi PSU 2.0, sebanyak 1,555 permohonan diluluskan melibatkan 11,968 pekerja dengan lebih RM11 juta telah dibayar, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#Pahang
#perkeso
#tarmizi mukhtar
#pandemik
#COVID-19
#ujian saringan
#saringan kesihatan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan