awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MAIS peruntuk RM2 juta bantu golongan terkesan

Bernama
Bernama
15/06/2021
03:13 MYT
COVID-19: MAIS peruntuk RM2 juta bantu golongan terkesan
Ahmad Shahir berkata MAIS telah mengagihkan sumbangan kepada 15,418 keluarga penerima. - Foto Zakat Selangor
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan sebanyak RM 2 juta untuk membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat COVID-19 terutamanya golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau mereka yang hilang punca pendapatan.
Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan hari ini berkata, MAIS telah mengagihkan sumbangan kepada 15,418 keluarga penerima dengan jumlah RM1.514 juta dari peruntukan agihan fidyah MAIS, sejak Program Agihan Fidyah MAIS ini dilancarkan pada 28 Dis 2020.
"Sumbangan berupa pek makanan kepada pemohon yang layak, dilaksanakan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat," katanya.
Ahmad Shahir berkata, RSAFM memainkan peranan dengan membantu mengemas kini dan mengesahkan maklumat yang diperlukan oleh mereka serta menolong pengagihan fidyah MAIS.
Katanya MAIS berharap agar sumbangan yang diterima, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung mereka, terutamanya ketua keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"MAIS mengajak semua umat Islam di Selangor yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan memerlukan bekalan makanan asasi untuk menyertai Program Sumbangan Agihan Fidyah MAIS, dengan menghubungi mana-mana Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS," katanya.
Beliau berkata, sekiranya terdapat masalah dan kemusykilan berkaitan permohonan bantuan agihan fidyah MAIS, pemohon boleh merujuk pegawai urusetia Agihan Fidyah MAIS (AFM) iaitu Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil di talian 019-264 6277 atau Amirah Addilah Mohd Johari di talian 017-327 2069.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#MAIS
#bantu
#B40
#hilang punca pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan