awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat 1,063 kes baharu, terendah tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2021
09:34 MYT
COVID-19: Malaysia catat 1,063 kes baharu, terendah tahun ini
Malaysia merekodkan kes baharu terendah untuk tahun ini iaitu 1,063 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 326,034 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes baharu terendah untuk tahun ini iaitu 1,063 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 326,034 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah sebanyak 15,204 kes.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 323 kes, diikuti Sarawak (183), Pulau Pinang (175), Johor (91) dan Kuala Lumpur (86).
Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak lima kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya 1,218 kes.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,365 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 309,612 kes.
Setakat ini,152 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu,68 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#KKM
#KP Kesihatan
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#Kes sembuh
#kes kematian
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan