awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia negara terawal kesan pesakit tanpa gejala

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/04/2020
10:11 MYT
COVID-19: Malaysia negara terawal kesan pesakit tanpa gejala
Ujian menerusi 'real time RT-PCR' akan dipertingkatkan kepada 16,500 ujian dalam sehari melibatkan 47 makmal. - Gambar hiasan
Malaysia menjadi negara terawal dalam mengesan kes positif COVID-19 melibatkan individu tanpa sebarang gejala.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan empat kes pertama di negara ini.
Jelasnya, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada ketika itu hanya mencadangkan supaya ujian pensampelan dilakukan terhadap mereka yang bergejala, namun langkah proaktif telah dilakukan KKM.
"Keluarga mereka (kes awal COVID-19) telah datang ke Johor Bahru dari Singapura. Keempat-empat mereka tiada gejala langsung.
"Kita telah kesan lebih awal lagi mereka yang tiada gejala pun positif. Walaupun WHO pada ketika itu nasihatkan pada semua ialah mereka hanya laksanakan ujian kalau ada gejala.
"Kita telah laksanakan lebih awal ujian. Kalau tak ada gejala tapi kontak rapat dan disyaki, kita akan laksanakan ujian tersebut.
"Sebab itu kita dapat kesan empat kes pertama yang kita ada, iaitu mereka yang tidak ada gejala tetapi positif," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada Malaysia telah mengesan kes-kes positif COVID-19 yang tidak mempunyai gejala.
Dalam pada itu, katanya ujian menerusi 'real time RT-PCR' akan dipertingkatkan kepada 16,500 ujian dalam sehari melibatkan 47 makmal.
"Kita harap dengan semua 43 makmal dan lima lagi makmal di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang akan disediakan untuk jalankan ujian ini dalam tempoh terdekat, ia dapat menampung keperluan ujian kita menggunakan RT-PCR.
"Iaitu mungkin 47 makmal akan datang minggu depan. Setakat ini 43 makmal menggunakan RT-PCR dan kita jangkakan 16,500 ujian. Itu sasaran kita," katanya.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Johor Bahru
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Singapura
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan