awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 0.94, Kelantan tertinggi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/03/2021
00:48 MYT
COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 0.94, Kelantan tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat Isnin.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat Isnin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.2 berbanding 0.92, Sabtu lepas.
Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 adalah Kelantan 1.16, Pahang 1.14, Melaka 1.09, Sarawak 1.05, Kedah 1.03 dan Pulau Pinang 1.02.
Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Johor 0.96, Sabah 0.95, Kuala Lumpur 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.77, Perak 0.73 dan Terengganu 0.67.
Manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes COVID-19.
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang paling tinggi direkodkan ialah 25 Mac apabila mencapai angka 1.0
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#kesihatan
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan