awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penduduk resah bank, mesin ATM tidak beroperasi di Kunak

Bernama
Bernama
07/10/2020
16:13 MYT
COVID-19: Penduduk resah bank, mesin ATM tidak beroperasi di Kunak
Penduduk Kunak resah apabila bank ditutup sementara dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak beroperasi di daerah ini hampir dua minggu. - KKMM
KUNAK:Penduduk Kunak resah apabila bank ditutup sementara dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak beroperasi di daerah ini hampir dua minggu.
Difahamkan, perkhidmatan berkenaan tidak beroperasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dilaksanakan sejak 29 Sept lepas bagi membendung penularan COVID-19 di daerah itu.
Seorang pekerja ladang di sini yang mahu dikenali sebagai Roy, 31, berkata wang gaji yang diterimanya dimasukkan ke dalam bank, oleh itu dia risau kerana duit dalam tangan sudah hampir habis tetapi tidak dapat mengeluarkan wang di bank atau ATM.
Seorang penduduk dikenali sebagai Rahim, 42, pula berharap kedua-dua perkhidmatan itu dapat beroperasi semula kerana orang ramai kini terdesak untuk kegunaan membeli barang keperluan dan hanya premis tertentu sahaja yang menyediakan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman berkata pihaknya mengeluarkan surat memohon kepada bank terlibat agar memulakan operasi dengan kadar segera.
"Saya ada menerima surat balas daripada BSN memberitahu cawangan itu ditutup ekoran staf bank sedang menjalani perintah wajib kuarantin selama 14 hari setelah menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan terdapat pelanggan bank itu disahkan positif," katanya.
Menurut Majaran, pihak BSN mencadangkan agar pelanggan yang mempunyai kemudahan kad ATM untuk ke ejen berdaftar BSN di Kunak iaitu Pasaraya Sionh-Ho (9 pagi hingga 6 petang) atau Kedai Runcit 7-7 Trading (8 pagi hingga 6 petang), untuk urusan asas perbankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kunak
#perintah kawalan pergerakan
#PKPDB
#bank ditutup
#ATM tidak beroperasi
#Majaran Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan