awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKP itu maksudnya 'virus ikut kita' - Dr Dzulkefly

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2020
04:00 MYT
COVID-19: PKP itu maksudnya 'virus ikut kita' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly menegaskan paling penting mengelak penularan di tempat kerja dengan saringan serta pematuhan SOP. -ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Semua pihak perlu berwaspada dengan penularan tinggi dalam komuniti dan tidak boleh mengambil mudah kebenaran merentas negeri yang diumum baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Khas COVID-19 Selangor (STFC) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, paling penting mengelak penularan di tempat kerja dengan saringan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Kita mesti memahami bahawa yang dikatakan PKP itu adalah Perintah Kawalan Pergerakan yang bermaksud apabila kita bergerak sahaja, virus itu ikut kita.
"Jadi mustahak kita untuk faham daripada red zone ini, walaupun Selangor sudah diizin rentas negeri, tetapi kalau sayang mak ayah, kita jangan rentas," katanya semasa sidang Skype, di sini, pada Jumaat.
BACA: COVID-19: 1,428 kes disahkan di Selangor, majoriti kluster tempat kerja
BACA: Rekod harian COVID-19 tertinggi, 2,234 kes baharu dilaporkan
Pada Khamis, Selangor mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,428 kes, sekali gus menjadikannya sebagai kes baharu tertinggi negara.
STFC menerusi kenyataan memaklumkan jumlah kes berpunca daripada kluster sedia ada dan beberapa kluster baharu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember lepas.
Dr Dzulkefly sebelum ini memberitahu pihaknya mengambil inisiatif baharu dengan membangunkan sebuah platform analitikal dengan keupayaan perincian data raya (big data analytics) dan kepintaran mesin terkini.
Jelasnya, dengan bantuan perincian itu, rekomendasi STRC kini dapat bersandarkan kepada kajian-kajian saintifk yang terkini serta dikemas kini dengan pantas terutamanya dalam tempoh epidemik ini.
Topic Berkaitan
#SOP
#PKP
#PKPD
#rentas negeri
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#red zone
#data raya
#Big Data Analytics
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan