MALAYSIA
COVID-19: Sarawak arah perhimpunan melebihi 50 peserta ditangguh

11 lagi kes jangkitan COVID-19 disahkan di Sarawak pada Ahad menjadikan 20 kes direkodkan sejak Jumaat lepas. - Foto Astro AWANI
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini, mengarahkan penganjuran semua majlis kerajaan dan awam melibatkan lebih 50 peserta ditangguhkan.
JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan media memaklumkan, arahan berkenaan adalah dasar terkini kerajan negeri Sarawak susulan penularan COVID-19 global ketika ini.
Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha dan langkah bagi mengurangkan penularan virus ini.

Kenyataan akhbar JPBN Sarawak mengenai penangguhan majlis melebihi 50 peserta.
Pada Ahad, Sarawak mencatat 11 lagi kes jangkitan COVID-19 menjadikan 20 kes direkodkan sejak Jumaat lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami