awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sebuah lagi sekolah di P. Pinang, SK Seri Sentosa di tutup seminggu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/10/2020
10:00 MYT
COVID-19: Sebuah lagi sekolah di P. Pinang, SK Seri Sentosa di tutup seminggu
SK Seri Sentosa di Nibong Tebal ditutup selama seminggu mulai hari ini selepas seorang daripada murid sekolah itu didapati positif COVID-19.
NIBONG TEBAL:Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang ditutup selama seminggu mulai hari ini selepas seorang daripada murid sekolah itu didapati positif COVID-19.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) mengeluarkan arahan tersebut bagi mengelak berlaku penularan di kalangan murid dan guru di sekolah berkenaan.
Beliau berkata, sekolah berkenaan ditutup mulai hari ini sehingga 26 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan di seluruh kawasan sekolah berkenaan.
"Setakat ini, hanya seorang murid disahkan positif tetapi pihak JPN dan sekolah telah mengambil langkah segera dengan meminta semua murid tidak hadir ke sekolah sebaik mendapat tahu mengenai kes tersebut.
"Semua guru juga hanya dibenarkan bekerja di rumah sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan JPN," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut Abd Rashid, ketika ini pihak berkaitan sedang melakukan pengesanan kontak dalam kalangan guru, murid serta kakitangan sekolah yang terlibat.
“Pengesanan kontak sedang dilakukan bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja-kerja nyah cemar dan sanitasi dijalankan," katanya lagi.
Pada 1 Oktober lepas, SK Permatang Janggus di Kepala Batas, Pulau Pinang ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita yang juga isteri kepada seorang pemimpin politik di Kedah positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#sekolah tutup
#Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa
#murid positif COVID-19
#Nibong Tebal
#COVID-19
#kerja sanitasi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan