awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua sekolah di zon merah akan ditutup mulai esok hingga 23 Oktober

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/10/2020
11:17 MYT
COVID-19: Semua sekolah di zon merah akan ditutup mulai esok hingga 23 Oktober
Secara keseluruhan, hampir 400 buah sekolah yang akan ditutup bermula esok. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Semua sekolah di daerah Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah yang diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19 akan ditutup bermula esok hingga 23 Oktober 2020.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini, hampir 400 sekolah ditutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di semua daerah itu.
“Ini akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.
“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
"Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup," kata kenyataan itu.
BACA: PKPB empat zon merah di Sabah dan Selangor mulai 9 Oktober
BACA: COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini
Dalam pada itu, pihak sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.
"Sepanjang tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.
"Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.
"Murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah,” tambah kementerian itu.
KPM dalam pada itu turut menegaskan akan sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa," jelasnya.
Tambah KPM, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Kementerian Pendidikan
#Kementerian Kesihatan
#sekolah
#keselamatan
#peperiksaan
#pendidikan
#guru
#PKPB
#Majlis Keselamatan Negara
#KKM
#Klang
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan