SINGAPURA: Singapura menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini, selepas republik ini mengadakan semakan berkala mengenai situasi COVID-19.
Ini bermakna semua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober 2021.
Peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 hari ini.
Selain Malaysia, negara lain yang bakal dimasukkan dalam kategori III adalah Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.
Singapura melaksanakan penetapan empat kategori negara atau rantau pada Ogos tahun ini dengan kadar vaksinasi populasi sesebuah negara atau rantau menjadi asas untuk menentukan langkah kawalan di sempadan.
Keadaan COVID-19 di Malaysia semakin baik dengan ketara dengan perangkaan pada Jumaat menunjukkan 94.4 peratus penduduk dewasa di negara itu sudah pun lengkap menerima vaksin.
Dalam satu kenyataan media, MTF menyatakan: berdasarkan syarat dalam kategori berkenaan, mereka tidak akan ditempatkan di kemudahan khas SHN.
"Penduduk yang pulang seharusnya memastikan sudah mempunyai kediaman alternatif terlebih dulu andai rumah mereka tidak sesuai dijadikan SHN," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, MTF menegaskan, jika mereka yang memasuki negara itu tinggal di kediaman yang dihuni mereka yang belum divaksin serta berisiko, mereka amat digalakkan supaya menjalani tempoh kuarantin di dalam bilik serta mengurangkan kontak dengan penghuni rumah yang lain.
Mengenai prosedur saringan, mereka yang tertakluk dalam kuarantin kategori III tidak lagi perlu menjalani ujian saringan Antigen Rapid Test (ARTs) pada hari ketiga dan ketujuh selepas tiba di negara itu.
Ini termasuk mereka yang tiba bermula 22 Oktober.
Semua yang tiba menerusi senarai Kategori III juga tidak lagi perlu menjalani saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) sewaktu ketibaan dan hanya perlu menjalani ujian PCR pada tarikh akhir tempoh SHN.
Bagaimanapun, bagi Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), mereka mungkin perlu mematuhi beberapa peraturan dan syarat tambahan.
"Kami akan terus mengubah suai langkah kawalan sempadan sejajar dengan perkembangaan keadaan dunia, supaya kami dapat kembali menyambung hubungan dengan dunia dan memulihkan kedudukan ekonomi republik ini di peringkat global," kata pasukan berkenaan.
Bagi mereka yang tiba di republik itu tetapi bukan warga Singapura atau pemegang pas pemastautin, mereka boleh berada di Singapura untuk tempoh singkat andai mereka tiba dari negara yang disenaraikan dalam Kategori I, kecuali mereka sudah pun disenarai dalam peraturan perjanjian Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) atau Laluan Khas Hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Peraturan ke atas pengunjung Malaysia serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tanpa mengira status vaksin dan sejarah perjalanan. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.