awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand lapor satu lagi kematian

Bernama
Bernama
13/03/2021
16:08 MYT
COVID-19: Thailand lapor satu lagi kematian
Pada masa ini terdapat 585 pesakit sedang menerima rawatan di hospital. - Gambar/ Reuters
BANGKOK: Thailand mencatatkan 78 kes harian baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara itu kini sebanyak 26,757 kes dengan 86 kematian.
Kes kematian itu merupakan seorang wanita berusia 56 tahun dari Samut Sakhon, iaitu pusat gelombang penularan terbaharu di Thailand. Wanita itu yang menghidap diabetes disahkan positif COVID-19 pada 19 Feb dan meninggal dunia pada Jumaat (semalam).
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), daripada 78 kes baharu tersebut, 67 merupakan jangkitan tempatan merangkumi 34 yang dikesan menerusi pengesanan kes aktif dan 33 disahkan selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Baki 11 lagi adalah kes import.
"Pada masa ini terdapat 585 pesakit sedang menerima rawatan di hospital," kata CCSA.
Sementara itu, Ketua Setiausaha badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand Dr Paisarn Dunkum berkata badan tersebut akan membantu hospital swasta mengimport serta mendaftarkan vaksin COVID-19.
"Kelulusan akan diberikan dalam tempoh 30 hari selepas dokumen lengkap diserahkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#COVID-19
#Kematian baharu
#kes baharu
#Bangkok
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan