KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu COVID-19 hari ini iaitu di Sabah, Perak dan Terengganu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan Kluster Atap di Kota Kinabalu, Sabah; Kluster Bah Lada, Perak dan Kluster Bah Sahabat, Terengganu.
Bagi Kluster Atap, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
"Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring.
"Empat kes dikesan positif COVID-19, 36 individu negatif dan sembilan individu masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.
BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM
BACA: COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini
Manakala, kes indeks Kluster Bah Lada, Perak (iaitu kes ke-12374 kes ke13978) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020.
Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.
"Saringan kontak rapat telah mengenalpasti dua (2) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring. Keputusan saringan mendapati empat kes dikesan positif COVID-19, 31 individu negatif dan enam individu masih menunggu keputusan," tambahnya.
Kluster Bah Sahabat Terengganu telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.
"Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring.
"Keputusan saringan menunjukkan 10 kes dikesan positif COVID-19, 34 individu negatif dan 44 individu masih menunggu keputusan," ujar beliau lagi.
Selain tiga kluster itu, terdapat 14 kluster aktif lain yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini:
• 22 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
• 13 kes daripada Kluster Benteng LD;
• Tujuh (7) kes daripada Kluster Tembok;
• Tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Reman;
• Lima (5) kes daripada Kluster Tujuh Serangkai;
• Empat (4) kes daripada Kluster Laut;
• Empat (4) kes daripada Kluster Bah Sintok;
• Dua (2) kes daripada Kluster Selasih;
• Dua (2) kes daripada Kluster Tanamera;
• Satu (1) kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
• Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru;
• Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
• Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK; dan
• Satu (1) kes daripada Kluster Bah Puchong.
Sementara itu, KKM turut menjelaskan mengenai definisi kontak rapat dan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Kata Dr Noor Hisham, HSO akan diberikan kepada:
1) Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI); atau
2) Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS).
Kontak rapat kepada kes positif COVID-19 merupakan individu yang telah dikenal pasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.
Kontak rapat merupakan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif COVID-19.
Ini meliputi individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan.
Antara individu yang dikesan sebagai kontak rapat meliputi:
• Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes COVID-19 yang positif tanpa menggunakan alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap; ATAU
• Ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19; ATAU
• Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes COVID-19) misalnya di pejabat atau di dalam kelas; ATAU
• Individu dikesan mengembara bersama atau duduk dengan jarak yang dekat (kurang daripada 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan.
• Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO.
"Walau bagaimana pun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan
memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM," kata Dr Noor Hisham lagi.
Astro Awani
Fri Oct 09 2020
Tiga lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti pada hari ini di Sabah, Perak dan Terengganu. - Gambar fail/REUTERS
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.