awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2020
10:20 MYT
COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini
KKM hari ini mengumumkan terdapat enam kematian yang direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan terdapat enam kematian yang direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 354 kes baharu direkodkan hari ini, di mana 352 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua adalah kes import.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, jumlah pesakit yang sembuh hari ini adalah sebanyak 188 kes.
"Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 332 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara.
"Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 324 kes," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.
Sabah mencatatkan 274 kes, Kedah (10 kes), Selangor (24 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatatkan dua kes.
Manakala, dua kes import adalah warganegara Malaysia yang mengembara di luar negara iaitu di India dan Oman.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," ujar beliau.
Enam kematian baharu akibat COVID-19 yang dicatatkan hari ini melibatkan semua warganegara Malaysia iaitu:
1. Seorang lelaki berusi 54 tahun, dan mempunyai penyakit darah tinggi dan asma. (Hospital Tawau)
2. Seorang lelaki berusia 68 tahun. (Hospital Semporna)
3. Seorang wanita berusia 66 tahun dan mempunyai sejarah Penyakit kencing manis, darah tinggi dan batuk kering (PTB). (Hospital Queen Elizabeth)
4. Seorang wanita 58 tahun (Hospital Tawau)
5. Seorang wanita berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi. (Hospital Semporna)
6. Seorang lelaki berusia 64 tahun dan mempunyai penyakit bengkak kelenjar prostat (BPH). (Hospital Queen Elizabeth)
PECAHAN KES BAHARU (354) SABAH-274 120 saringan kontak rapat 22 kluster Ramai-Ramai 13 kluster Benteng LD 5 kluster Tujuh Serangkai 4 kluster Laut 2 kluster Tanamera 1 kluster Bangau-Bangau 1 kluster Pulau 1 kluster Atap (kluster baharu) 105 lain-lain saringan COVID-19 pic.twitter.com/duBGpMpDwv
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 9, 2020
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Topic Berkaitan
#kes baharu
#enam kematian
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#penularan tempatan
#kes import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan