MALAYSIA perlu meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbang pemberian dos penggalak atau booster shot vaksin COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana pemberian dos ketiga kepada mereka yang telah lengkap divaksinasi tidak membantu mengawal penularan varian Delta.
"Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang telah lengkap divaksinkan tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta.
"Tetapi yang dapat mengawal penularan varian Delta adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan.
"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Khamis.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak keperluan untuk memberi suntikan penggalak vaksin COVID-19 dalam memastikan keberkesanan pelalian itu.
Jelasnya, pemberian dos berkenaan bagaimanapun perlu dipertimbangkan secara menyeluruh terlebih dahulu.
Beberapa negara telah mula memberikan suntikan dos ketiga untuk meningkatkan perlindungan imunisasi terhadap koronavirus.
Ini selepas beberapa syarikat farmaseutikal Pfizer menyatakan perlindungan terhadap individu diberikan dua dos berkurangan selepas enam bulan.
Amerika Syarikat juga telah bersedia untuk memberikan dos ketiga kepada rakyatnya pada bulan September sekiranya Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) meluluskannya.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk tindakan terdesak negara kaya memberi dos penggalak vaksin COVID-19 ketika jutaan penduduk dunia masih belum menerima sebarang suntikan.
Pakar WHO menegaskan tiada data saintifik yang kukuh bagi membuktikan dos penggalak diperlukan ketika ini.
Astro Awani
Wed Aug 25 2021
Malaysia perlu meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbang pemberian dos penggalak atau booster shot vaksin COVID-19. -Gambar fail
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
COVID-19: Gelombang baharu akan berlaku menjelang hujung tahun - Pakar kesihatan
Salah satu cara untuk memastikan gelombang itu tidak menjejaskan sistem kesihatan awam, segerakan pengambilan dos penggalak.
'Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ
Ujarnya, dalam lawatannya ke Sarawak, beliau akan membincangkan langkah tambahan untuk mengurangkan kadar transmisi di negeri berkenaan.
COVID-19: Tingkat liputan vaksin sebelum pertimbang dos penggalak - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemberian dos ketiga kepada mereka yang telah lengkap divaksinasi tidak membantu mengawal penularan varian Delta.