awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Topeng muka terpakai dikhuatiri boleh sebar virus

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2020
03:59 MYT
COVID-19: Topeng muka terpakai dikhuatiri boleh sebar virus
Dr. Mohd Yusoff berkata, trend bungkus makanan semasa Ramadan ini turut membimbangkan kerana boleh meningkatkan tahap pencemaran alam. - Gambar UPM
Penutup hidung dan mulut serta botol cecair pembasmi kuman terpakai yang sudah tercemar dengan virus COVID-19 dan dibuang ke dalam sungai dikhuatiri boleh membuka risiko penyebaran COVID-19.
Walaupun belum ada kajian atau bukti virus itu boleh merebak dengan cara sedemikian, Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yusoff Ishak berkata, pembuangan ke dalam sungai boleh menjadi faktor peningkatan parameter kimia yang menyebabkan pencemaran sungai.
"Apa yang menggusarkan kita, terdapat sisa-sisa pepejal yang baru dijumpai (di dalam sungai) terdiri daripada penutup hidung dan mulut serta botol kecil cecair pencuci tangan (pembasmi kuman).
"Ini yang kita bimbang sebab virus tersebut (COVID-19) boleh melekat pada penutup hidung dan mulut dan virus boleh tersebar jika ia dibuang merata-rata," katanya.
Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kualiti udara dan air sungai sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula18 Mac lalu terus menunjukkan corak peningkatan dan semakin bersih.
Jelasnya, pada keseluruhannya Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum PKP fasa satu dan semasa PKP fasa kedua menunjukkan 14 peratus peningkatan bilangan hari yang mencatatkan IPU bersih di seluruh negara.
Dalam pada itu kata Dr. Mohd Yusoff berkata, trend bungkus makanan ketika Ramadan membimbangkan kerana ia boleh meningkatkan tahap pencemaran alam.
Topic Berkaitan
#air
#Bersih
#COVID-19
#Ramadan
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan