awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin dijangka awal 2021, keutamaan kepada barisan hadapan - Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/11/2020
03:27 MYT
COVID-19: Vaksin dijangka awal 2021, keutamaan kepada barisan hadapan - Khairy
KHAIRY: Vaksin akan diberikan kepada 3 peratus populasi negara terlebih dahulu yang terdiri daripada para petugas barisan hadapan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekalan vaksin awal COVID-19 dijangka diperoleh pada suku pertama 2021, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata kerajaan menyasarkan agar bekalan tersebut diberikan kepada 3 peratus populasi negara terlebih dahulu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.
“Para petugas barisan hadapan (frontliners) ini meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen, termasuk akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang ingin mengetahui jaminan dari aspek kecukupan pembekalan vaksin untuk COVID-19 yang dikatakan sedang berada dalam fasa penentuan harga tempatan.
Selain itu, beliau ingin mengetahui usaha Kementerian dalam memastikan vaksin tersebut dapat dibekalkan secara saksama kepada rakyat luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan.
Menjawab soalan tentang vaksin COVID-19 di dewan. Bekalan awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan keutamaan diberi kepada 3% populasi meliputi para petugas barisan hadapan (doktor, jururawat, polis, petugas penjara dll). Sasaran imunisasi 70%+ populasi negara. pic.twitter.com/KJid2DFsr8
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 4, 2020
Polisi imunisasi COVID-19 kebangsaan sedang disediakan dengan pelan pelaksanaan (senarai keutamaan, mass public immunisation rollout), latihan anggota, pelan komunikasi bagi meyakinkan rakyat, logistik cold chain storage, survelans dll. Akan diumumkan awal tahun 2021. pic.twitter.com/0CY45X7ueo
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 4, 2020
Dalam pada itu, Khairy berkata kerajaan perlu membelanjakan RM3 bilion sebagai anggaran kos untuk memastikan 70 peratus rakyat Malaysia diberi imunisasi terhadap COVID-19.
Ujarnya lagi, beliau telah pun memohon agar disediakan dana berkenaan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Dewan Rakyat
#MOSTI
#Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
#vaksin
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#keselamatan
#kesihatan
#penjara
#rakyat
#barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan