awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CSM diarah siasat tiga juta maklumat pengguna MySejahtera dimuat turun - Fahmi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/02/2023
04:37 MYT
CSM diarah siasat tiga juta maklumat pengguna MySejahtera dimuat turun - Fahmi
Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengumumkan tindakan selanjutnya selepas laporan siasatan CSM siap dilengkapkan - Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital mengarahkan Cyber Security Malaysia (CSM) menyiasat laporan mendedahkan maklumat pengguna aplikasi MySejahtera telah dimuat turun oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengumumkan tindakan selanjutnya selepas CSM melengkapkan laporan tersebut.
"Berkenaan isu data MySejahtera seperti yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (Pakatan Harapan), saya telah arahkan CSM melakukan siasatan berkenaan isu ketirisan data bagi aplikasi itu.
"Insya-Allah bila laporan itu disiapkan, SKMM akan keluarkan kenyataan. Ini penting kerana saya percaya polis juga akan lakukan siasatan dan bagi agensi yang lain terpulang kepada pengumuman," katanya ketika sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Keselamatan Data | CSM siasat tiga juta maklumat pengguna MySejahtera dimuat turun
Baru-baru ini Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 mendedahkan terdapat 1.12 juta cubaan memecah masuk aplikasi tersebut.
Akibatnya, sebanyak tiga juta maklumat pengguna aplikasi MySejahtera telah diakses secara mencurigakan daripada akaun 'Super Admin'.
Laporan tersebut menyatakan Minit Mesyuarat Keselamatan MySejahtera Bil 1 Tahun 2022 mengesahkan cubaan serangan siber dilakukan daripada nombor IP yang sama.
Menurut laporan berkenaan,pihak pembekal perkhidmatan bernombor pendaftaran 700674-U telah bertindak menyahaktif IP terbabit dan tahap keselamatan aplikasi dipertingkatkan dengan pemasangan Web Application Firewall (WAF) dan pemantauan berterusan oleh syarikat berkenaan.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Lim Guan Eng
#Siasat kebocoran data
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan