Cuaca panas luar biasa dan situasi kering yang berlaku di Sarawak sejak beberapa bulan lalu dijangka akan berakhir dalam dua minggu.
Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Cawangan Sarawak, Siniarovina Urban Sinyaw berkata, fenomena yang berlaku sebelum ini disebabkan perubahan tiupan angin Monsun Barat Daya.
"Keadaan cuaca kering di negeri Sarawak yang lepas adalah disebabkan oleh perubahan corak tiupan angin yang lazimnya bertiup daripada arah angin barat daya. Keadaan ini mengakibatkan litupan awan berkurangan di negara kita, terutamanya di bahagian barat dan juga utara Sarawak," katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya di Kuching hari ini.
Malah keadaan yang terlampau kering, katanya, turut menyebabkan beberapa kawasan menjadi mudah terbakar termasuk hutan gambut di Baram, Miri.
Biarpun terdapat tompokan hujan dan ribut petir berskala kecil di bahagian barat dan pedalaman Sarawak, ia tidak mampu mengatasi masalah kering ini, kata Siniarovina.
Apabila memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka pada pertengahan September hingga November, cuaca di negeri itu diramalkan hujan lebat dan ribut petir.
"Sepanjang tempoh kita dalam fasa peralihan Monsun (Timur Laut) itu nanti, kita jangkakan akan berlakunya kejadian ribut petir berserta hujan lebat yang kadangkala disertai dengan angin kencang, lazimnya berlaku terutamanya di bahagian barat dan tengah Sarawak pada sebelah petang dan awal malam," tambahnya.
Astro Awani
Tue Aug 28 2018
Cuaca panas luar biasa dan situasi kering yang berlaku di Sarawak sejak beberapa bulan lalu dijangka akan berakhir dalam dua minggu. - BERNAMA/Fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju
Hujan antara 150 mm hingga 347 mm telah membasahi Jeju dari Jumaat hingga awal pagi Sabtu, termasuk 333 mm di kawasan pergunungan utara.
Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Taufan Yagi iaitu taufan ke-11 tahun ini, kini bergerak ke timur Laut China Selatan dan semakin menghampiri Pulau Hainan.
Hujan, ribut petir hingga Ahad di kebanyakan tempat
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak
PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.