awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Hutan 5 hektar terbakar di Terengganu

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
24/04/2023
05:50 MYT
Cuaca panas: Hutan 5 hektar terbakar di Terengganu
Cuaca panas dan angin kuat menyebabkan api merebak dengan cepat. - Gambar/ JBPM
SETIU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengambil masa tujuh jam untuk memadamkan kebakaran hutan seluas lima hektar di kawasan Merang di sini, pada awal pagi Isnin.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata, operasi pemadaman berkenaan tamat kira-kira 2.30 pagi.
Beliau berkata, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Kuala Nerus, Jalan Kota, Wakaf Tapai dan Besut terbabit dalam operasi bermula 7 malam itu.
"Cuaca panas dan angin kuat menyebabkan api merebak dengan cepat, namun kebakaran di kawasan seluas lima hektar itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.30 pagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohd Mazimi berkata, pihaknya meneruskan pemantauan di kawasan berkenaan sebagai langkah waspadan sekiranya api merebak semula.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian sama berulang.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#cuaca panas
#terengganu
#merang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan