awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Jangan tinggal anak dalam kereta - Pakar Kesihatan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/04/2023
03:30 MYT
Cuaca panas: Jangan tinggal anak dalam kereta - Pakar Kesihatan
Orang ramai diingatkan untuk tidak memandang ringan fenomena cuaca panas kerana ia boleh mengundang kepada implikasi kesihatan buruk malah boleh membawa maut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga diingatkan agar tidak meninggalkan anak di dalam kereta ketika cuaca panas yang menyebabkan suhu meningkat di beberapa kawasan dalam negara.
Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, ini kerana cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.
Beliau menyuarakan kebimbangan berikutan terdapat kes ibu bapa atau penjaga yang terlupa dan meninggalkan anak di dalam kereta serta melibatkan kes kereta terkunci ketika anak berada di dalam kenderaan.
"Paling penting sekali ia memberi kesan kepada golongan kanak-kanak terutama kanak-kanak kecil atau bayi.
"Dalam cuaca panas sekarang dan hanya dalam masa yang singkat sahaja mereka boleh mengalami strok haba yang boleh membawa kepada kematian," katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Zainal juga meningatkan kepada orang ramai untuk tidak memandang ringan fenomena cuaca panas kerana ia boleh mengundang kepada implikasi kesihatan buruk malah boleh membawa maut.
Malah katanya, golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan disarankan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah.
"Jika gejalanya ringan mungkin kita rasa terlalu panas, pening kepala, rasa nak pitam atau loya tetapi kalau peringkat yang serius ia boleh membawa kepada strok haba, pengsan dan tidak sedarkan diri.
"Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, saluran pernafasan dan buah pinggang, mereka ini akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.
"......yang mana akan menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk dan kadang-kala membawa kepada kemudaratan yang berat sehingga masuk hospital dan ada juga yang kes-kes yang boleh membawa kepada kematian," jelasnya.
Justeru itu, Dr Zainal berharap Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan nasihat dan peringatan kepada orang ramai dari semasa ke semasa mengenai perubahan cuaca yang mengundang kepada risiko kesihatan.
Ini ditambah dengan ketika musim perayaan yang mengundang kepada pergerakan besar-besaran orang ramai.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#strok haba
#KKM
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan