KULAI: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menerima aduan daripada penduduk di Baling, Kedah, berhubung gangguan bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aduan itu diterima sejak awal bulan lalu dan setakat ini hanya kawasan berkenaan dilaporkan terjejas.
"Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) akan terusmenghantar bekalan air dengan segera kepada penduduk terjejas melalui lori-lori tangki yang dihantar terus ke kediaman mereka.
"Untuk kawasan lain, kita setakat ini belum mendapat aduan, namun syarikat-syarikat air negeri akan sentiasa memantau supaya bekalan air dapat dihantar kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek pertama Wakaf Air kepada penduduk di Kampung Melayu, Seelong, Senai, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kementerian mempunyai beberapa pelan kontingensi, termasuk memperbanyakkan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di seluruh negara untuk memastikan rakyat tetap mempunyai bekalan air walaupun musim panas itu dijangka berlarutan.
"Fokus kita adalah untuk membina TAPS ini di kawasan berhampiran dengan Loji Rawatan Air supaya kos rawatan air itu lebih jimat berbanding dengan mengambil terus air dari sungai.
"Pada masa sama, kementerian juga sedang membangunkan suatu mekanisme penggredan air mengikut pelbagai kategori bagi membolehkan air yang lebih berkualiti dijual pada kadar harga yang berpatutan kepada syarikat pembekal," katanya.
Tambah beliau, penggredan air itu perlu dilakukan kerana buat masa ini, hanya terdapat satu kategori gred air, yang menyebabkan syarikat atau operator air membayar kos air kepada kerajaan negeri dengan kadar rendah.
"Jadi kalau kita berjaya gredkan air dengan kategori-kategori tertentu, ia boleh dijual dengan harga sekali ganda dan dengan cara ini, kerajaan negeri bukan sahaja dapat hasil lebih daripada jualan air namun akan dapat memantau sumber air dengan lebih baik," katanya yang menjangkakan mekanisme dapat disiapkan pada pertengahan tahun ini.
Mengenai projek Wakaf Air yang dilancarkan 17 Dis lepas, beliau berkata ia merupakan satu daripada lima projek yang dirancang untuk penduduk yang mengalami masalah bekalan air tidak terawat.
Katanya, empat lagi projek akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya sehingga April ini meliputi kira-kira 200 penerima di Selangor, Pahang (100), Negeri Sembilan (200) dan sebuah surau di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Aduan itu diterima sejak awal bulan lalu dan setakat ini hanya kawasan berkenaan dilaporkan terjejas. - Gambar fail
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.
Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim
Seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.
Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara tersebut dibenarkan oleh syarak dan Islam, dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Pas persoal tindakan Perak eksport REE
Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Perak yang mengeksport unsur nadir bumi (REE) sedangkan kerajaan melarang sebarang eksport berkaitan sumber bahan mentah yang bernilai tinggi itu.