KOTA BHARU: Jerebu yang sedang dialami negara ketika ini berpunca daripada insiden kebakaran kawasan seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19 turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.
"Cuaca kering ketika ini menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik.
Keadaan berjerebu ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara rantau ASEAN," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 50 orang asnaf di Kampung Parit Pasir Tumboh, di sini hari ini
Sementara itu, Nik Nazmi berkata pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kampung Beoh Mukim Beris Lalang di Bachok yang berlaku sejak 27 Mac lepas.
Beliau berkata pada mulanya kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas lima hektar namun kini sudah merebak kepada kawasan seluas antara 20 hingga 50 hektar.
Menurutnya lokasi kejadian masih lagi berasap dan belum lagi dapat dipadamkan sepenuhnya.
"Malah kebakaran telah mula merebak ke kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Kual, Kampung Kual Kecil dan Kampung Gondang.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan telah mengeluarkan notis arahan kepada semua pemilik tanah supaya bertanggungjawab dan mengambil langkah sebaiknya untuk elakkan tanah diceroboh atau dibakar," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata JAS Kelantan juga telah mengerakkan pasukan operasi mencegah kebakaran terbuka dengan melakukan pemeriksaan harian di semua kawasan tanah gambut yang mudah terbakar dalam tempoh musim kering ini.
"Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah lakukan operasi pengepaman telaga tiub di kawasan tersebut sejak 29 Mac sehingga kini bagi mengalirkan air ke parit dan alur air berhampiran bagi melembapkan tanah supaya dapat mengelak kebakaran daripada terus merebak
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menyelenggara saliran yang tersekat bagi memudahkan aliran air seterusnya meningkatkan paras air di alur dan mengekalkan kelembapan tanah," katanya.
Beliau berkata operasi pemadaman turut melibatkan bomba yang memantau keadaan dan menjalankan kerja-kerja pemadaman sejak kebakaran mula dikesan
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Pemandangan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kabur berikutan keadaan jerebu akibat cuaca panas yang melanda di negara ini. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.