SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan.
Pengarahnya Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit.
Beliau berkata mereka juga perlu memakai pelitup muka yang sesuai jika berada di kawasan berjerebu dan menggunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan termasuk merokok.
"Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.
"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr Harlina menasihatkan orang ramai agar banyakkan meminum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.
Beliau turut meminta mereka yang tidak sihat supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.
Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas dan jerebu boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan, katanya.
Dr Harlina berkata berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, terdapat tujuh kawasan di Semenanjung berada pada Tahap Amaran satu (Berjaga-jaga) iaitu Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).
Setakat padi tadi, kualiti udara di tiga stesen pengawasan kualiti udara iaitu di Seremban, Nilai dan Port Dickson menunjukkan tahap indeks sederhana, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023

Dr Harlina berkata orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit. - Gambar hiasan
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Jejak Al-Haramain: Jangan kerap mandi, elak gatal kulit
"Jangan kerap mandi, elak gatal kulit," demikian nasihat Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, kepada jemaah haji, bertujuan mengelak kegatalan pada kulit badan.

Monsun Barat Daya bermula 10 Mei sehingga September - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei dan berterusan sehingga September ini susulan tiupan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

Lebih 2,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Israel
Kebakaran kini dilaporkan semakin terkawal, namun usaha pemadaman masih diteruskan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan.

UK hampiri rekod suhu 30 darjah Celsius pada awal tahun
Pejabat Meteorologi melaporkan suhu mencapai 26.7 darjah di Wisley, Surrey pada Rabu - menjadikannya hari paling panas tahun ini setakat ini.

Jemaah haji perlu sedia hadapi cuaca panas ketika berada di Madinah
Jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M diingatkan untuk menjaga kesihatan dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

Cuaca panas, debu cabaran utama anggota SMART di Sagaing, Myanmar
Setakat ini mereka telah berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan.

Gempa Myanmar: MAS-01 keluarkan lapan mangsa setakat hari kelima SAR
SMART setakat ini berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu.

Cuaca panas diramal tidak seteruk tahun lepas - Nik Nazmi
Pada masa ini, negara berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.