awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa

Bernama
Bernama
20/03/2024
13:00 MYT
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini. - Gambar hiasan
SIK: Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik Lt Pertahanan Awam (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata kawasan bilik air lazimnya menjadi tempat untuk reptilia terbabit 'tumpang berteduh' selain kawasan reban ayam.
Menurutnya sebanyak 51 kes tangkapan pelbagai jenis ular dicatatkan sepanjang Januari lepas dan 32 kes dicatatkan pada Februari.
"Untuk Mac ini, sehingga hari ini, sebanyak 20 kes diterima. Malam tadi, pada pukul 10.22 malam, kami menerima aduan tentang seekor ular tedung selar anggaran sepanjang empat meter, di bumbung bilik air di sebuah rumah di Kampung Batu Dua, Sungai Pau.
"Anggota APM Sik mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menjerut reptilia berkenaan berikutan haiwan itu melarikan diri dan bersembunyi di dalam rekahan dinding rumah terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata ular berkenaan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan ke Pejabat Perhilitan Daerah Sik.
Haisul Aishah meminta orang awam menghubungi APM Sik menerusi talian 04-469 8221 jika terdapat sebarang kes kecemasan dan mendapatkan bantuan termasuk kehadiran binatang berbisa.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#penduduk Sik
#reptilia
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan