awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas punca populasi ikan berkurangan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/06/2023
00:20 MYT
Cuaca panas punca populasi ikan berkurangan
Apabila perubahan suhu sentiasa meningkat ianya akan menjejaskan tempat tinggal atau habitat ikan itu sendiri. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Peningkatan suhu lautan ekoran cuaca panas yang melanda ketika ini turut menyebabkan berlakunya pengurangan populasi ikan.
Pensyarah Kanan Bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata penurunan itu disebabkan migrasi ikan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Jelasnya kenaikan suhu permukaan serta suhu dalam air (thermocline) secara mendadak mendorong ikan untuk berpindah ke tempat bersesuaian mengikut suhu, habitat dan sumber makanannya.
Beliau berkata situasi itu turut memberi impak kepada sumber makanan dan habitat ikan.
"Apabila suhu ini meningkat taburan ikan ini juga akan berubah.
"Ikan akan mencari kawasan yang bersuhu sesuai untuk tinggal dan seandainya perubahan ini terus berlaku, peningkatan suhu terus berlaku, ada berkemungkinan juga berlaku di mana peningkatan aras air laut juga berlaku.
"Jadi apabila perubahan suhu sentiasa meningkat ianya akan menjejaskan tempat tinggal atau habitat ikan itu sendiri.
"Sebagai contoh terumbu karang akan terjejas sekiranya suhu terus meningkat dan terumbu karang ini merupakan tempat tinggal ikan dan dalam masa yang sama sekiranya peningkatan paras air laut berlaku, perubahan dari segi taburan makanan juga akan dipengaruhi oleh suhu," katanya.
Mohd Fazrul Hisam berkata fenomena itu juga berpotensi menjejaskan sumber pendapatan nelayan-nelayan kecil.
Ia berikutan nelayan terbabit hanya memberi fokus pada kawasan tertentu dan terhad di bawah syarat lesen vesel serta peralatan menangkap ikan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#populasi ikan
#berkurangan
#Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan