awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan rentas negeri gagal, 4 lelaki Myanmar ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/05/2020
21:56 MYT
Cubaan rentas negeri gagal, 4 lelaki Myanmar ditahan
Dua warga Myanmar didapati bersembunyi di belakang lori. -Foto Ihsan PDRM
Cubaan empat warga asing merentas negeri dengan alasan mahu mencari kerja tidak berjaya selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Perasing, di sini.
Empat lelaki Myanmar berusia di antara 20 dan 25 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang membawa mereka masuk ke negeri ini kira-kira jam 5 petang, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata lori itu ditahan ketika operasi pemantauan dan sekatan jalan raya antara negeri.
"Lori itu dipandu seorang lelaki tempatan bersama dua penumpang, namun berada dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota kita telah membuat pemeriksaan dan membuka tempat simpanan barang di bahagian belakang dan menemui dua lagi warga Myanmar bersembunyi di belakang lori," kata Hanyan.
Kata Hanyan lagi, ketika disoal siasat, kesemua suspek memaklumkan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Kemaman, Terengganu.
Bagaimanapun mereka gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri daripada polis atau mana-mana penguatkuasa yang berkaitan.
Hanyan berkata siasatan juga mendapati empat warga Myanmar itu bekerja di Kuantan, namun dikatakan datang ke negeri ini kononnya mahu mencari kerja dan mendapatkan perkhidmatan lelaki tempatan itu untuk membawa barang-barang mereka untuk berpindah.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
#Perasing
#rentas negeri
#Sekatan Jalan Raya
#SJR
#surat kebenaran rentas negeri
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan