ALOR SETAR: Kerjanya mudah hanya membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke destinasi ditetapkan dan dibayar upah RM200 di atas setiap seorang PATI itu.
Faktor itu mendorong tiga lelaki warga tempatan menjadi ‘runner’ tekong darat untuk membawa 17 PATI yang baru memasuki negara ini untuk dihantar ke negeri Perak.
Namun begitu, kegiatan mereka gagal apabila ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Unit Risikan Sempadan dan Bukit Aman pada pukul 9.30 pagi tadi.
Kesemua PATI ini yang menaiki tiga buah kenderaan ditahan selepas diekori dari sempadan Bukit Kayu Hitam ketika ingin melintasi di Plaza Tol Hutan Kampung.
Menurut seorang runner tekong darat ini, segala-galanya telah diatur oleh ejen dan dia hanya mengambil kumpulan PATI berkenaan di Changlun sebelum dihantar ke Sitiawan, Perak.
Runner berkenaan hanya perlu menanti di tepi jalan dan menunggu PATI yang sedang menyorok di dalam semak memasuki kereta.
Menurut seorang lelaki warga Myanmar yang dikenali sebagai ‘Sarip’, dia pernah mencari rezeki di Malaysia dan kembali semula ke tanah air berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari, berkata kumpulan PATI ini dibawa masuk dari Myanmar ke Thailand melalui jalan darat dan berada di negara jiran itu selama lima hari sebelum masuk ke Malaysia.
Beliau berkata, ejen Thailand dipercayai membawa PATI masuk melalui pagar sempadan di Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam yang dirosakkan dan disambut oleh ejen Myanmar di sempadan Malaysia.
Beliau berkata, suspek pertama tekong darat yang ditahan berusia 50 tahun berasal dari Puchong, Selangor dan bekerja sebagai nelayan dikatakan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan pernah dihukum.
Sementara suspek kedua lelaki tempatan yang ditahan berusia 40 tahun berasal dari Seri Manjung, Perak mempunyai 13 rekod jenayah yang kebanyakannya berkaitan dadah.
Manakala suspek ketiga berusia 42 tahun dan beralamat di Ayer Tawar, Perak mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes Seksyen 4B (a) ARJT 1953.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 27 2021
Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk ke Malaysia dari Myanmar. - Gambar Astro AWANI
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.
Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak
Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka
Mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam pada Selasa.
Kilang diserbu, 30 PATI lari bertempiaran masuk hutan
Bukan saja lari masuk hutan, ada PATI yang ambil risiko lompat pagar elak dicekup pihak berkuasa.