Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian dari negara jiran, melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan pada jam 11 malam tadi, dua buah lori didapati cuba membawa masuk produk pertanian tanpa dokumen yang sah, seperti permit import yang dikeluarkan MAQIS dan sijil fitosanitasi dari negara asal.
Produk yang dirampas tersebut terdiri daripada bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg mangga bernilai RM600.
Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama yang menetapkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"Penahanan konsainan ini adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak.
"Sekiranya serangga perosak ini terlepas ke dalam Malaysia, ia boleh menyebabkan industri pertanian terjejas.
"Hal ini boleh menyebabkan pengusaha tanaman pertanian menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak dikawal," tambahnya.
Akta 728 digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan/ikan/tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara.
Kesemua bunga ros dan buah mangga tersebut ditahan dan akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang telah ditetapkan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 05 2019

Sebahagian daripada 500kg mangga bernilai RM600 yang dirampas MAQIS. - Foto Astro AWANI

PKP 2.0: 1,200 anggota JPJ bantu polis
Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Januari bagi membantu polis diraja malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

PKP 2.0: NGO tawar tuisyen, sesi motivasi 'online' percuma
Dalam usaha memastikan pelajar, terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat belajar dari rumah sepanjang tempoh PKP, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif menawarkan kelas intensif dalam talian secara percuma.

Vaksin Pfizer | Kilang dinaik taraf, bekalan mungkin terganggu
Kanada akan mengalami gangguan penerimaan vaksin COVID-19, akibat permintaan yang tinggi dan gangguan pengeluaran yang dialami oleh syarikat pengeluar, Pfizer.

Vaksin COVID-19 | India lancar program vaksin terbesar - Modi
India melancarkan antara program vaksinasi COVID-19 terbesar di seluruh dunia, dengan sasaran untuk memvaksinkan 300 juta orang.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Jawatankuasa Teknikal itu, jelas Perdana Menteri lagi, berperanan memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan Darurat

Vaksin COVID-19: Golongan rentan perlu dapatkan penilaian risiko
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gejala atau kesan sampingan yang tidak diingini.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

MetMalaysia: Hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat.

AWANI Ringkas: Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh selamat disemadikan

Darurat: Majlis Peguam suara kebimbangan imuniti lindungi kerajaan daripada situasi akibat kecuaian
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, kuasa yang luas di bawah ordinan ini, memberikan kesan yang menggerunkan kepada rakyat biasa.

Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal
Dua buah lori didapati cuba membawa masuk bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg buah mangga bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah.