awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu menangis minta nenek tolong, dakwa dipaksa jadi scammer di Myanmar

Aida Aziz
Aida Aziz
16/11/2022
05:35 MYT
Cucu menangis minta nenek tolong, dakwa dipaksa jadi scammer di Myanmar
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan pada sidang media khas berhubung isu tersebut di Pusat Penyelaras MCA Ipoh Barat di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Niat untuk mencari peluang kerja di Thailand, bagaimanapun dipercayai diperdaya oleh rakannya sehingga terkandas dan dipaksa menjadi scammer atas talian di Myanmar.
Itu yang didakwa terjadi kepada seorang lelaki berusia 19 tahun dari Ipoh yang dikenali sebagai Yang.
Mangsa dikatakan sudah terkandas di negara itu sejak Mei lalu dan mendakwa dirinya juga dipukul oleh anggota sindiket pemerdagangan manusia itu, jika tidak mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan.
Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan, pada Mei lalu mangsa memaklumkan kepada neneknya yang dikenali sebagai Chong bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur.
Namun setelah enam bulan terputus hubungan, neneknya menerima panggilan daripada cucunya menerusi Facebook Messenger pada Isnin lalu, bahawa dia terkandas di Myanmar.
"Cucunya menangis meminta tolong kepada neneknya kerana sudah terperangkap dan diperdaya bekerja sebagai scammer atas talian di negara Myanmar sejak lima bulan lalu.
"Melalui Facebook Messenger dia meminta neneknya membuat laporan polis untuk menyelamatkannya.
"Kita berusaha menghubungi mangsa dan mangsa memberitahu dia berada dalam keadaan selamat.
"Bagaimanapun mangsa mendakwa pernah dipukul dengan kayu renjatan elektrik kerana tidak dapat memenuhi sasaran melalui aktiviti scammer atas talian itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung isu tersebut di Pusat Penyelaras MCA Ipoh Barat di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Guo Nan berkata mangsa dikatakan diperdaya oleh rakannya yang memberitahu ada peluang kerja di Thailand, namun secara tiba-tiba dibawa ke Myanmar secara tidak sah.
"Mangsa ada memberitahu bahawa majikan meletakkan syarat dengan perlu membayar wang pampasan RM115,000 jika mahu pulang," katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, pihaknya tampil membantu menyelesaikan kes tersebut dengan menghantar surat kepada Polis ASEAN (ASEANAPOL), Polis Antarabangsa (Interpol) dan kedutaan di Myanmar.
Guo Nan turut berharap pihak yang terbabit dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelamatkan mangsa dan membawanya pulang ke tanah air secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#mohon selamat cucu
#mangsa scammer
#Myanmar
#sindiket mencari pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan